Monday 31 March 2014

CERITA TEMPAHAN BAJU TRISYIA (MAC 2014)

Assalamualaikum sahabat-sahabat blog.. Trisyia nak cita sikit tempahan baju bulan MAC ni.. Sebenarnya trisyia dan mak baru jer menarik nafas lega.. Alhamdullilah bulan MAC ni tempahan mengalahkan nak raya.. Semua nak minta kami siap kan sebelum cuti sekolah hari tu.. Diorang nak pakai tuk kenduri kawin..

Hujung2 februari ade la dalam 7-8 pasang jer.. Bila masuk jer mac... Mak oii.. Tergeliat tangan... Sekali makcik2.. Kakak2.. Anta baju sorang lebih dr 2 pasang... Dorang kata satu kenduri satu pasang.. Wah..wah.. Mengalahkan mak datin korang yer..

Alhamdullilah dapat kami siapkan semuanya dengan sempurna.. Yang wat tempahan online pun 27hb haritu selamat semua nya telah dipos... Tuan empunya baju-baju pun dah pakai dah kot baju tu.. X sempat pun trisyia nak snap gambar.. Trisyia just anta msg harap diorang sudi bagi gambar2 baju yang dorang pakai tu..

Hari ni dah masuk April.. kami akan start balik dengan baju kurung moden puan mazura dari ipoh.. cik. Illia dr gombak.. And bby comey pn sally dari kuantan.. kali ni siap je nak snap awal.. Nak wat koleksi...

Trisyia ucapkan jutaan terima kasih buat semua pelanggan yang sudi membuat tempahan.. Seronok bila customer re-order balik.. Siap bwk kawan2.. Rasa nak cium2 kakak2.. Adik2.. Makcik2... Xspecialy makcik pah siap satu family sebelah mak sebelah ayah dia bawa... Thanks.. Terharu bila pelanggan seronok & berpuas hati..  Mak kata nak kasi komisyen sikit kat makcik tu.. Hihi...

Oklah trisyia nak sambung wat keje yer.. Next month trisyia cerita tempahan April pulak.. For May.. X janji yer.. Kami dah sibuk nak siapkan baju raya..

Monday 17 March 2014

KELAS JAHITAN ~~ Pantas jahit (2 hari) Sabtu & Ahad

JENIS KELAS JAHITAN & YURAN KELAS
1. Baju kurung dewasa  (yuran : RM280)
2. Baju kurung pahang / pesak gantung / riau -salah satu- (yuran : RM280 - RM350)
    ***mengikut tahap asas yang sedia ada***
3. Baju kurung kanak-kanak (yuran : RM250)

Kelas maximum 2 - 3 orang sahaja untuk 2 hari.
** Diskaun istimewa untuk anda yang promosi / rekemen kawan-kawan belajat menjahit dengan trisyia tailor***

Masa : Sabtu (9.00am - 5.00pm) & Ahad ( 9.00am - selesai)
** maaf yer.. Kelas Isnin - jumaat mmg kami x dapt lakukan kerana kami juga menerima tempahan-tempahan jahitan yang perlu kami siapkan mengikut tarikh / due yang pelanggan kehendaki**

2 lokasi Kelas yang anda boleh pilih :
1. Gerbang siputeh, Siputeh Perak
2. Parit, Perak

Bagi yang berminat nak buat bidang jahitan ni sebagai perkerjaan sambilan tetapi tiada mesin jahit... BERITA GEMBIRA UNTUK anda... KELAS JAHITAN TANGAN juga turut kami sediakan!

Cara pendaftaran kelas jahitan trisyia :

1. Hanya pilih jenis kelas & bawa yuran kelas sahaja!!

~ Semua 15 peralatan jahitan termasuk kain  disediakan & terus menjadi hak milik anda.
~ mesin jahit , mesin jahit tepi kami akan sediakan untuk kegunaan anda pada waktu kelas

P/s : sekiranya selepas tamat tempoh kelas ada kemusykilan atau tanda tanya dan sebagainya boleh hubungi kami balik yer.. Tiada bayaran tambahan dikenakan.

APA TUNGGU LAGI .. PM/whatssp/wechat 0175732545
Fb : Trisyiatailor

  • Boleh tambahkan pendapatan
  • Boleh jahit baju sendiri & anak-anak
JAP..JAP..JAP.. ADA LAGI!!
kami juga menerima tempahan baju perseorang / berkumpulan seperti marhaban@nasyid dan secara pukal.. Sekiranya kami memerlukan tukang jahit anda pelajar kami yang diutamakan.

Selamat belajar.... 


MENERIMA TEMPAHAN BAJU READY MADE & SECARA PUKAL


Kami menerima tempahan pakaian wanita, kanak2 secara pukal utk butik, peniaga online,  dll. Kuantiti minima tempahan adalah 20 pasang. Ini bermaksud utk 1 paten dan fabrik yg sama, perlu berjumlah paling minima 20 pasang dan menggunakan standard saiz iaitu S M L XL.


Cara pembayaran, perlu deposit sebanyak 50% dan COD pd masa pengambilan.

Harga tempahan adalah berpatutan dan kualiti jahitan mengikut kehendak pelanggan dan harga tempahan. Harga juga mengikut paten, jangka masa utk menyiapkan pakaian serta jenis fabrik. Contohnya bagi tempahan baju kurung pesak/ kurung moden, 20 pasang, kain cotton, kami caj hanya RM 25 sepasang.


Sila hubungi trisyiatailor di talian 017 - 5732545  Like fb : Trisyiatailor

Monday 3 March 2014

SET COMBO TILAM BABY

SET COMBO TILAM BABY 
3 pilihan warna ( hijau, kelabu, maroon)
RM 85.00 free postage
PM / sms / whatsp 017 573 2545
Stok terhad!!!





Sunday 2 March 2014

TEMPAHAN JAHIT PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH / TADIKA




Kami juga menerima tempahan uniform sekolah pelbagai warna dan uniform tadika @ pra sekolah harga dari RM25.00... Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi SMS ke 017-5732545.. Tq...

TEMPAHAN JAHIT BAJU MELAYU LELAKI (TELUK BELANGA)



Ukuran baju melayu dewasa & kanak-kanak 



Harga upah dari RM 68.00  keatas (mengikut design & citarasa pelanggan)

  • Biasa
  • Tampal kain/renda  
  • Bermanik
  • Bersulam


SAIZ UNTUK TEMPAHAN BAJU KANAK-KANAK

Anda juga boleh menempah baju kurung kanak-kanak mengikut saiz yang telah disediakan seperti dibawah :

Trisyiatailor.blogspot.com
SMS / WeChat : 017 573 2545
FB : Trisyiatailor